Wednesday, October 27, 2010

AKU HANYA ANAK TIRI.

Macam aku pernah cerita dulu, aku sekadar leasing staff, kalau dulu nama dan gambar aku mungkin tertera di papan carta organisasi sebagai petugas or staff disini. Kira-kira bulan yang lalu aku ada la terlihat kelibat staff admin sibuk duduk depan carta tue membetulkan carta, aku hanya pikir positif sahaja mungkin mereka nak tambah gambar orang-orang baru memandangkan 2 3 bulan yang lalu, ada ramai jugaklah staff baru….

Tapi jangkaanku meleset bila tadi aku tengok papan tue, jangan katakan nama, gambar apakan lagi… dulu gambar ku pernah singgah disitu, sekarang makin teruk mereka pijak aku, hinakah diri ini mereka perlakukan begitu??? Astafirullahalazim….

Setahun aku berada disini bukan aku goyang kaki, pada satu ketika aku bertungkus lumus sampai lewat malam menyiapkan kerja, bukan aku duduk sahaja, kenapa teruk sangat dieorang sisihkan aku, kerja aku sama macam orang lain kot….

Apa yang aku nak buat nie? Pada sapa nak aku adu kan kecewa ye hati aku nie???? Betul kata mak si dia, kalau dapat offer kerja leasing staff kat telekom jangan ambik… benar kata ye….

Aku sebenarye tak ada lah nak tengok sangat papan carta tue, kebetulan td, aku terpaksa duduk kat c2 sebab ada makan2 kt depan… kalau tak sebab 2 aku pon xde lah tgok….

Makin benci aku dengan si gemuk & anak-anak yer….