Monday, April 11, 2011

2011 is great year

FIRST OF ALL, aku nak bagitau betapa happy nya aku dan bersyukur nya aku bila aku dapat emel dari admin yang mengatakan bahawa:-

Tajuk: Temuduga untuk tukar status lantikan dari anggota Leasing Staff ke Lantikan Tetap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa saudari telah dipilih untuk menghadiri temuduga untuk menukar status lantikan saudari dari anggota leasing ke Lantikan tetap. Butiran temuduga adalah seperti di bawah:


Tarikh                   :               24 March 2011
Masa                     :               10.00 pagi
Tempat                :               Bilik Mesyuarat Zamrud, Tingkat 17 Utara, Menara TM

Untuk makluman saudari, kesemua anggota lantikan luar akan dilantik sebagai kakitangan lantikan kontrak selama setahun sebelum diserap ke jawatan tetap, bergantung kepada prestasi kakitangan terbabit.

Sila bawa sijil sijil yang berkenaan pada hari temuduga .

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan saya.

Wassalam

Syukur Alhamdulillah, aku dah ada kerja tetap dan masa depan yang lebih terjamin+gaji yang stabil. Bukan tue je berita gembira yang aku terima, semalam dapat berita yang syarikat aku berkerja nie akan naek kan gaji non-exec ke 50%, syok nya. Bersyukur aku pada yang ESA sebab merasa manis nya kehidupan itu selain penah rasa dulu time graduation di UITM 3 tahun lalu. REZEKI aku & adk-adk aku juga plus mak aku jgk… hurm..

Moral of the story: “hidup kita ini bukanlah selalu dirundung malang setiap orang ada hari nya, just kene sabar dan jangan lupa pada nya, INSYAALLAH.