Tuesday, December 21, 2010

Bila lelaki terpaksa menunggu~

Membebel sepanjang perjalanan, serba serbi tak kena, soklan bodoh ynag ditanya seperti:-

Kenapa tak siap lagi 5jam baru siap?
Ingat muka dah macam SITI NURHALIZA dah sebab mekap lama, tengok macam tue juga…
Lain kali biarlah saya duduk lama-lama kat luar, seronok kan…

Bla..bla..bla..(mebebel je keje ye)

Tapi kalau sang perempuan menunggu lelaki,
Pecah rekod yang aku terima adalah pada 20hb december, pukul 8.20pagi sehingga 9.45pagi…
Duration time yang sangat lama aku tunngu die, air dalam cerek pun dah mendidih tapi kering sudah airye..

Sekian~

Sunday, December 19, 2010

Kalaulah dia faham...

kalaulah dia faham apa aku rasa,
kalaulah dia tau apa yang aku tunggu sepanjang hari ini,
kalaulah dia tau aku sedang menitiskan air mata kerananya,
kalaulah dia tau betapa berderainya hati aku bila melihat perbuatannya,

KALAULAH~~~~~

Wednesday, December 8, 2010

Bila si warga tua tak faham....

Perbualan aku antara makcik yang berumur 47tahun. Kejadian berlaku di office

Makcik: akak tak paham betullah budak zaman sekarang nie, kalau hntr emel, akak tak reti betul nak baca.

Aku: Biasalah kak budak zaman sekarang nak short form sangat sampai tak faham dibuatye, termasuklah dengan mak abah kat rumah mcm tuelah jgk, kene taip penuh baru org tua tue faham (aku pon dalam kategori tue jgk cme xkritikal je short form ye)

Makcik: mcm ank makciklah suruh makcik beli sabun basuh baju, ank makcik taip dekat sms “mak! Tolong beli sabun pe2 je” makcik itu pon jenuhlah cari sabun jenama pepeje tue kot2 ada k rupaye sabun apa-apa aja (tergelak makcik tue cte kt aku sambil air mata die mengalir sebab kelakar sgt)

Aku: hehehe, mcm-mcm… :)

‘pengajaranye, tolonglah pam org tua yg ssh nk pam tue cian dieorg tau’

Monday, December 6, 2010

suspekDENGGI

Aku suspek denggi, aku yang asal ye sangat sihat tubuh badan dan terkenal dengan antibodi yang kuat akhir ye rebah juga di tangan nyamuk aedes, bunyi ye mungkin ngeri tapi realiti ye ia lebih ngeri dari yang disangka…

Tanggal20HB
Aku rasa badan aku panas, otot-otot pon aku rasa sengal dengan kepala yang macam ada besi angkat berat tue bertambah-tambahlah teruk ye, tapi pada tanggal itu buah hati aku telah pun membeli tiket wayang harry potter yang kami sudah rancang nak pergi pada hari tue, utk menyenangkan hati semua orang aku pon pergilah sebab fikir tengaok wayang duduk, tapi suasana didalam panggung amatlah sejuk ye sehingga aku sendiri tak senang duduk di buatye, pendek kata tak focus pon nak tegnok harry potter tue, adoihai kritikal sungguh ye….
Bukan itu sahaja aktiviti aku hari itu, aku juga ke tasik Bandar tun Razak bagi ikan makan time itu aku seakan sihat tapi malang sekali bila aku tiba dirumah, aku rebah ats katil sampai keesokan hariye.

Tanggal21HB
TERBARING + TAK BERSELERA + TAK BERMAYA + BADAN PANAS

Tanggal22HB
MC + TEKANAN DARAH RENDAH + FIRST SHOT AMK DARAH tekanan darah adalah (121)=doktor suspek denggi

Tanggal23HB
SECOND SHOT AMK DARAH tekanan darah adalah (98)

Tanggal24HB
THIRD SHOT AMK DARAH tekanan darah adalah (103)

Tanggal26HB
KALI KE-EMPAT aku amk darah and the result still rendah 130, dan pada tekanan darah yang rendah itu aku menghadiri kursus kahwin selama 2hari dan bekalan air 100+ dan air mineral sentiasa ada di tanganku untuk aku membaek pulih keadaan aku, sejak dari hari itu aku mula terpikir dengan sekali nikmat yang tuhan tarik aku menjadi lemah selemah lemah manusia, aku mula pikir mati, dan ingin sekali pulih cepat, aku nak sihat macam dulu, bila diri lemah aku menjadi takut mati. Begitu lah pengajaran yang aku dapat.

DanTANGGAL29hb
Kali ke lima aku amk darah dan resultye, syukur alhamdulilah aku makin sihat, dengan tekanan darah 210, aku sangat happy utk kembali berkerja semula dan kembali bersemangat…





~Sedikit gambar dari pengalaman lalu~




Wednesday, December 1, 2010

AKU seorang yang takut akan PERUBAHAN

Iya! aku mengaku sekarang aku memang seorang yang takut akan perubahan, kenapa aku bilang begitu sebab aku lebih kenal diri aku sendiri


Setahun aku kerja disini sebagai budak kontrak, semakin ramai orang bertanyakan akan kedudukan aku yang boleh dibuang pada bila-bila masa ini, aku tahu mereka SIMPATI, RISAU, SAYANG akan aku, mereka nak kan jaminan masa depan aku… aku mungkin anak tiri department ini tapi aku adalah anak kesayangan bos aku.


AKUanakKESAYANGAN
Bos aku mungkin nampak biasa tapi dia sangat caring akan budak-budak kontrak, BENAR, SUNGGUH! Aku dpat rasa itu semua, Cuma sayang dia hanya caring ketika time kami disishkan,, kenapa dia tak rekemen nama kami dekat HRDeparment tentang bagus ye kami, penat aku setia disini tapi hasil ye, HAMPAsekali….
Sebenarye aku malas dan berhenti mencari kerja adalah kerana aku takut akan perubahan, aku mungkin terlalu selesa disini sampaikan aku lupa pandang masa depan aku sendiri, aku lupa yang memerlukan gaji yang tinggi itu sangat penting untuk sara hidup harian.


Adakah berasa terlalu selesa itu SALAH, adakah PERUBAHAN itu perlu? AKUbuntu……………………

Friday, November 19, 2010

Pixie Lott - 'Use Somebody' ( Kings Of Leon Acoustic Cover)

~i like it~
I've been roaming around, I was looking down at all I see
Painted faces fill the places I can't reach
You know that I could use somebody
You know that I could use somebody

Someone like you and all you know and how you speak
Countless lovers under cover of the street
You know that I could use somebody
You know that I could use somebody
Someone like you

Off in the night while you live it up I'm off to sleep
Waging wars to shake the poet and the beat
I hope it's gonna make you notice
I hope it's gonna make you notice

Someone like me, someone like me
Someone like me, somebody

I'm ready now, I'm ready now
I'm ready now, I'm ready now
I'm ready now, I'm ready now
I'm ready now

Someone like you, somebody
Someone like you, somebody
Someone like you, somebody

I've been roaming around, I was looking down at all I see

Tuesday, November 16, 2010

BUSYNovember

Pejam celik, dah 20hari aku tak update blog nie, busy siot weekend nie, nak dapat duduk depan laptop lama sangat susah eyh, masuk je bulan NOV nie weekend je aku tak lekat umah, hilang memanjang…. Macam biasa weekday kerja so untuk mendapatkan masa pada Isnin cpai jumaat tue amat sukar sekali kerana balik dah petang, badan pon kian lemau solutionye adalah TIDO. :)


Pembukaan awal minggu iaitu 7hb 11, birthday my good childhood fren, party kecik in holiday villa, happy sebab bole tunjuk bakat dance aku, huhuhu…..

Aku, my bf, my bff n my bff bf, bg kek yg ada gambar die, which is my original idea but dibuat oleh mak cik my bff yg sgt kreatif bt kek tue… harga pon bole than, terkedu, terkacima semua lah bila dgr total harga kek tue… HURM!!! 

MARIE, ME, NON & HILDA

DA GURLZ
DA BOYZ
HUHU!
I LOVE U IWAN

On 14hb pula ada main bowling dalam department aku, was happy, team aku no 6 dari 9, oklah tue dari last….aku strike 3times… rasa macam nak main lagi sebab tersa diri makin hebat strike, hehehe….. picture belum dapat lagi nnti saya update di fb, or my blog nie…

On 20hb pula maybe attending SHOUT AWARD, tiket dah ada tapi tak sure nak pergi ke tak…. Wait Q from my driver a.k.a my boyfriend….jgn marah ye bang nnti kne jual, janda i…. :)

And last but not least on 27 28, aku menghadiri satu kursus, kursus pe??? Teet…. KURSUS PERKHAWINAN…. Bukan nak kawen sekarang, saja buang masa pergi sana… actually bukan itu point die, sebab aku dengar ura-ura next year ada qiamulai dan berlangsung selama seminggu serta yuran pendaftaran makin mahal that why aku setuju untuk pergi kursus khawin tue..

SEKIAN LAH , jadual saya pada bulan nie, nanti saya update lagi…..

Wednesday, October 27, 2010

AKU HANYA ANAK TIRI.

Macam aku pernah cerita dulu, aku sekadar leasing staff, kalau dulu nama dan gambar aku mungkin tertera di papan carta organisasi sebagai petugas or staff disini. Kira-kira bulan yang lalu aku ada la terlihat kelibat staff admin sibuk duduk depan carta tue membetulkan carta, aku hanya pikir positif sahaja mungkin mereka nak tambah gambar orang-orang baru memandangkan 2 3 bulan yang lalu, ada ramai jugaklah staff baru….

Tapi jangkaanku meleset bila tadi aku tengok papan tue, jangan katakan nama, gambar apakan lagi… dulu gambar ku pernah singgah disitu, sekarang makin teruk mereka pijak aku, hinakah diri ini mereka perlakukan begitu??? Astafirullahalazim….

Setahun aku berada disini bukan aku goyang kaki, pada satu ketika aku bertungkus lumus sampai lewat malam menyiapkan kerja, bukan aku duduk sahaja, kenapa teruk sangat dieorang sisihkan aku, kerja aku sama macam orang lain kot….

Apa yang aku nak buat nie? Pada sapa nak aku adu kan kecewa ye hati aku nie???? Betul kata mak si dia, kalau dapat offer kerja leasing staff kat telekom jangan ambik… benar kata ye….

Aku sebenarye tak ada lah nak tengok sangat papan carta tue, kebetulan td, aku terpaksa duduk kat c2 sebab ada makan2 kt depan… kalau tak sebab 2 aku pon xde lah tgok….

Makin benci aku dengan si gemuk & anak-anak yer….

Tuesday, October 26, 2010

KERETA….

Aku nak pakai kereta….
Nak sangat merasa harta sendiri, umur dah 23 nie sepatutye aku sudah pon memiliki harta aku sendiri…
Keinginan aku mahukan kereta bukan lah untuk berjalan semata-mata, dulu masa muda mudi aku mungkin pikir nak enjoy saja….
Tapi sejak aku berkerja ni aku berulang dr rumah ke ERL tue aku rasa adalah lebih elok kalau aku memiliki kereta sendiri, jadi xperlulah aku minta dihantar dan diambik….

Berkali-kali jugak aku cakap dengan mak n abah aku pasal hal nie, tapi masing-masing ada lasan tersendiri, mak suruh bincang dgn abah….
Bila aku bincang dgn abah ada 1001 alasan:-
Abah tak nak kereta second
Abah nak penjamin atas nama dia(walaupon nama die black list lagi)

Aku bukan memilih tapi sampai bila aku nak tunggu, mak cakap sabar… helo im 23 years old ok! Dun waste my own time and year…. Silap-silap laki aku sendiri yang belikan…. Aku kecian kan mak aku yang jadi tukang amk dan hantar tue… aku ada jugak bt OT ke, ada hal lain ke terpaksa pikir mak aku yang nk amk aku kerja nie o nk g mne2

Adoi hai, abah bukan tau pon kesusahan aku nie…bak kata bf aku, tak pe lah kte sabar jer, selg die mampu nak anta nk amk biar lah…

My favourite Car: Kelisa Putih(Auto)

Tuesday, October 19, 2010

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Monday, October 18, 2010

:'(

A bit sad after wat happen to me... aku syg die, aku tau die syg aku.. tp knp mst ad org yg xreti hormat akan darjat antara aku ngn die?

Sapa-sapa pon mst mrh klu berada di pihak aku, pendapat dan pandangan orang aku minta untuk disumbangkan, terutama kawan-kawan aku... Mereka is the best...

And da best way, aku let him go to handle this situation, aku mlaz nak melayan orang yang tak selevel dan tak sedarjat macam aku nie...

SEKIAN.

Sunday, October 17, 2010

17.10.10

Hari ini dalam sejarah.... Bila aku pergi kerumah sepupu ye si Dia aku dr pg dh kuar dari rumah, sangat lah pagi bila aku bangun macam nak g keje... aduh! letih ye badan saya......Kenduri berjalan seperti biase cuma tempat die luar biase, org juga luar biase(shhh, keep in secret)....

Aku yang sedia kenal dan rapat dengan keluarga si Dia menjadikan aku tak ada lah kekok sangat bile berada disana sepanjang majlis, cuma kejadian sesi bergambar bersama keluarga buat aku terharu sikit, bila aku duduk di sudut hujung untuk tidak turut serta kerna malu dan segan( ia lah aku ni belum ada pe2 ikatan kan confrimlah segan) tetibe aku ditarik adik pengatin ajak aku naek ke atas sebab untuk join sekali bergambar. (aduh segan ye).... Terharu sebab layanan mereka sekeluarga tak pernah anggap aku macam orang luar tue buat aku kagum dan rasa terharu sangat..... huh!

Hari ini dalam sejarah lagi....
Bila aku menjadi sakit hati dengan satu hamba allah nie yg betul2 mencabar kesabaran aku, aku tak faham kenapa masih ada perempuan yang sudah dimiliki tapi masih mengharapkan bantuan buah hati aku nie?(macam mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain pulak)

BOOM! perang besar lah disebabkan perangai seorang perempuan jalang nie mengedik kan ayat dalam msg die kepada buah ati aku nie.... tak faham bahasa orang dah tak nak tolong ko gedik minta tolong lagi kenapa? nasib baek tak de depan mata aku nie, klu tak bersiap sedia lah, mulut aku yang lagi tajam dari mata pena nie....

*CURRENT MOOD: NO COMMENT( sebab perasaan skrng bercampur baur)

Friday, October 15, 2010

BILA ORANG YANG SEPATUTYE KAHWIN TAPI TAK KAHWIN LAGI….


Aku berkerja sebagai seorang order processing di Telekom dalam department Gov, tempat nie ok, ku sendiri sayang tempat nie sebab aku sangat selesa di sini, sampai kan aku dapat offer dekat DHL dengan tawaran gaji RM1700 aku tolak mentah-mentah je sebab aku sayang tempat nie, susah aku nak bagitau betapa best ye berkerja di Telekom nie….

Tapi malang sekali aku sebaga leasing staff saja(leasing staff: staff sementara dibawah nama agency dan tak mendapat apa2 faedah yang staff TM dapat)
A bit sedey sebab aku tak dapat bonus o medical pe2…Huh!

Yang palat ye tempat nie adalah seorang jejaka yang bernama Y****N gelaran yang diberi oleh staff kat sini BOYOT/PENGAWAS/YB/SI GEMOK dan macam-macam lagi lah… semua orang dalam department nie tak suka die, sebab:
1)      Suka meronda kawasan tanpa sebab.
2)   Amk kesempatan pergi toilet bukan sebab nk buang tapi nak meronda.
3)   Bajet bagus.
4)   Bajet orang penting dan berkuasa dalam department nie.
5)   Suka bodek bos.
6)   Tak pernah cakap ngn aku/senyum sebab die anti-leasing staff
7)   Ada diskriminasi
8)   Pilih kasih
9)   Suka buat aduan rakyat dekat bos.
10) Suka mencari kesalahan orang

Dan banyak lagi sebenar yer tapi tak pe lah ckup lah tue eyh….hehehe…  aku tak pernah anggap die sbagai musuh tapi die yang anti-leasing staff...Nak buat macamne, dah orang tak suka kita kn… kita pon lantak kan je lah die… tapi cara layanan die pada aku sangat buruk sekali ye, ada satu pepatah yang aku cipta sendiri disebabkan kejadian nie, AKU TAK KISAH KEJE SEBAGAI CLEANER ASAL KAN AKU TAK DIHINA, DARI KEJE MACAM NIE TAPI DIHINA

Aku membuat research juga kenapa die jadi sebegitu rupa, bila dikaji semula en Y (bukan nama sebenar) nie seorang yang bujang tua patut lah hormon dia tak stabil…

He need wife lah beb, hanya seorang wanita sahaja mampu merubah sifat dan perangai ye….

DILEMA…

Yes I am, I’m in dilemma rite now, OMG! I got invitation dari mak bf aku utk pergi kenduri cousin iwan dekat bukit melawati ahad nie, mak die tersangatlah baik bile die ajak aku tido dan pergi sama dengan mereka sekeluarga, before aku memang ok wit dat, tapi lately aku rasa segan bile mak aku melontarkan pendapat yang masuk akal tapi perit untuk diterima, “KO TUE TAK MALU KE TAYANG-TAYANG MUKA KAT KELUARGA ORANG, BUKAN ADA PE-PE IKATAN PON” Mungkin zaman sekarang nie perempoan lebih tak malu adalah fakta, perempoan zaman sekarang memang langgar je semua, I am rite, itiz?

Hanya orang tua je ada kuasa untuk larang dan marah anak dara dieorang untuk jaga sikit adab sebagai perempuan, supaya jangan tak malu sangat dengan orang  yang belum sah menjadi pe2 antara kita, tapi aku nie tak samapi ati pulak, mak die terlampau lah baek, mungkin pendapat mak die dan mak aku sangat berbeza… tapi aku tersangat lah bersyukur sebab bf hampir 100% faham akan perangai mak aku yang sangat menjaga aku (agak kongkong)….

Tapi ia ye lebih merana bile hati aku melonjak nk jumpe die sebenar ye… huhu (up sad) :’(

Good Bye Couple, Welcome Engagement.

10.10.10 hari tue ramailah yang menamatkan zaman couple bila semua decide utk bertunang termasuklah sepupu aku sendiri dan kawan baik aku sendiri, bukan tue saja malah bila aku login facebook ramai lagi rupaye kawan-kawan sekolah berbuat demikian, seronok bila tengok picture mereka dengan hantaran yang sedia ada utk diberi dan utk menerima.

Malah ada lagi sorang kawan baek aku pon memberi tahu bahwa bf die akan singgah ke rumah utk dtg merisik ujung tahun, sedikit tercabar dan jelez, bf aku pulak bile mendapat tahu sedikit stress sebab die masih menuntut aku tau perasaan die bile tak sabar ingin mengadakan satu ikatan yang rasmi.

Huh! Cabaran sekali hidup ini ye, tak pe tak lari gunung dikejar, kalau benarlah die adalah jodoh ku, iya ye tak akn kemana-mana……. Hanya perlu sabar, sabar dan terus sabar…….

Friday, October 1, 2010

PINDAH KE STAY???

Aku ad 2 option skrng, sama ada pindah ataupon stay…. Aku mencari sesuap nasi di key ell, tapi everyday aku berulang naek train, penat tue tak pon, sebab aku naek train mahal kan, so sangat lah selesa ye & pantas, cuma tambang yang tiap –tiap bulan yang aku kena byr adalah sangat mahal bersesuaianlah dengan perkhidmatan yang diberikan, im I rite?

5 ke 6 bulan yang lalu perkara ini bukan lah isu yang sangat besar pon sebab aku pon tak ada option lain kan, tp skrng berbeza aku bwk geng aku berkerja satu department dengan aku sekali, dan die sedia ada memang menetap diluar cuma location die agak jauh, die bagi cadangan utk aku pindah bersama die sekali, memang ramai orang cakap kenapa berrulang? Kenapa tak menetap kat sana je? Bukan lagi jimat, tapi bagi aku bukan jimat yang aku mahu sangat, tapi adlah kebebasan yang lebih diingini,.

Bila aku stay dengan keluarga lagi-lagi mak aku, die menjadi sukar untuk aku bersosial, dengan rakan-rakan aku yang selalu ajak kuar & balik lewat tue sangat sukar bagi aku untuk mendapatkan pelepasan tue, lagi utk pengetahuan semua mak aku dari dulu terkenal dengan control ye, tapi bukan terkongkong sangat pon Cuma ada batas yer, biasa lah bila aku bergelar anak sulong perempuan ini semua yer terbatas, dari zaman aku sekolah lagi aku di control kaw-kaw, sampai kawan-kawan aku semua tau perangai mak aku macamne, & masing-masing dari tak pandai amik hati mak aku jadi seorang yang pandai membodek, hahaha….sekarang aku sudah pon mencecah 23tahun tapi sifat mak kau still macam tue jugak, masih anggap aku berumur 5 o 6tahun, sampai aku terpaksa tipu sunat untuk keluar….

Atas sebab tue adalah alasan paling kukuh utk aku keluar dari rumah tue, tapi fikir jgk kalau lah duduk luar lagi jimat dari berulang mungkin ad kebenaran ye stay diluar tue, tapi aku bukan lah bijak untuk membuat keputusan ada kala ye perlukan pendapat kawan-kawan & kenalan rapat aku… ada 1001 alasan dan sebab kenapa aku perlu pindah atau aku perlu stay sahaja dirumah… ada yang meyokong sebab bole ajak lepak selalu, ada jugak yang cakap kalau aku duk luar kebarangkalian utk aku tak merasa wang keje aku mungkin ada sebab duk bujang semua ye sendiri, berbeza dengan duk rumah yang aku bole ikat perut di tempat keje dan lepaskan ikatan perut tue sampai aku tiba dirumah. Sedikit demi sikit aku duk rumah mampu lah untuk meyimpan wang keje aku tue…

Sekarang aku binggung…………..

Monday, September 20, 2010

JELEZ YE!

Baru-baru nie bf aku ikut kawan die g perak g rumah gf kwn die buat kenduri kawin, aku bukan tak nak ekut, simpan hari tuk benda len, hehee…(SECRET)

Die dikelilingi kwn-kwn pempoan si gf kwn aku tue, semua pempoan, sp pon akan jelez btl x? tido cna, balik satu kete n yang bt aku semakin jelez bila seat sebelah driver diduduki oleh pempoan len,macam mengambil tahta gitu, tapi bf aku banyak kali cakap die bukan suka pempoan-pempoan tue not his taste kata ye, benar aku tau taste ye, tapi sebagai seorang pempoan perasaan jelez tue mesti ada betul x? walaupon aku yakin die bukan jenis macam tue..

tapi setiap kali aku jelez tak bertempat tue die selalu myakinkan aku yang die tak pernah layan pempoan-pempoan tue, bg die melayan pempoan len tak sama bes ye melayan aku nie, kata ye lah…(SUKA-SUKA)


~my bf is the purple one(i like tis picture taken from there)~

APA? BERTUNANG?


Aku masih lagi terkedu bila bf aku bagi tau yang kawan die nak bertunang bulan 12 nie, perasaan jelez makin membuak bila dapat tau, mne tak ye aku kenal kawan die n gf die tue, bercinta tak cpai setahun tapi dah decide nak bertunang, aku yang dah bertahun menyulam cinta nie macamne? Aku sndiri baru nak bina kerjaya die plak baru nak atur langkah, tapi aku tau setiap langkah die aku setiasa menjadi orang pertama yang mengatur yer, hebatkan bile aku diberi jawatan perunding hidup bf aku, alhamdulilah aku suka kerja tue..hehehe…..

Bile terkenang je lah rasa sakit ati sikit, tapi bile aku berpaling pada kawan-kawan aku yang len lagi hebat bile mereka menyulam cinta selama 8tahun lamaye, betul kata orang kalau jodoh tue tak kan kemana, kalau sayang pulak masih ada dilubuk hati insyaallah die kekal sampai bila-bila, lama-lama nanti perasaan nak kawin mungkin akan hilang bila aku semakin busy dengan kerjaya, dan busy kumpul duit tuk kawen pulak….hehehe…

SELAMAT KEMBALI BERKERJA.

Setelah bercuti panjang, hampir 2minggu, aku menjadi semakin lemau tuk kembali, lagi-lagi kat tempat aku tinggal aku sorang je, semua dh decide tuk berhenti berkerja dari sini, busan lah aku duk sini sorang-sorang, huh!

Raya tahun nie tak de lah seronok sangat bile aku terpaksa memberi duit raya bukan lagi menjadi penerima duit raya, tapi nie adalah tahun pertama aku memberi jadi ada lah jugak sanak saudara yang bagi duit dekat aku, muka budak-budak kot, hehehe….

SELAMAT HARI RAYA

Masih tak terlambat lagi aku nk megucapkan selamat hari raya pada semua kan? A bit busy on raya day, biase lah tue ek..
Dalam tempoh beraya nie macam-macam jadi, sosilawati dibakar antara menjadi bahan bualan ketika bertandang beraya di rumah orang cpai aku pon dh naek muntah dgn cite-cite bunuh menbunuh nie..

Kisah kawan aku pon tak terkecuali, setelah mendapat tau pe yang dh terjadi, kisah ye bila si gf mendapat tau yg si bf pergi kepada ex-gf ia menjadi perkara yg boleh membangkitkan kemarahan sesiape sahaja, btl x? aku sebagai kwn mst lah berpihak kepada si gf kerna die my best-best friend of mine.. si gf plak aku tak Nampak salah ye, kerna si bf yg beriya mahukan kwn aku tue, sampai meluah prsn kat aku yg die sgt syg kn gf die tue, tp ada hamba allah ni bg blog si ex-gf tentang back together wit bf die aku menjadi heran, kwn-kwn si ex-gf plak memaki hamun kwn aku konon ye die yg bersalah sebab rampas hak org, helo girls knp bergado pasal lelaki nie, aku nmpk salah nie terletak pada sang lelaki nie, kenapa setelah sah menjadi milik orang bole pergi kepada ex-gf, sang bf plak memang buaya pon, dr dulu aku dh nasihatkan kwn aku tue, die bukan lah orang yang baek-baek, tp tue keputusan kwn ku, aku terima sahaja… frust ye kwn aku tak de lah satu isu yang besar pon sebab aku tau die mcmne, setakat MR .A tue, bt jd sampah bole lah… tak rugi sesen pon kot..(NOKTAH)

Wednesday, September 8, 2010

LIVE LIKE WE DYING

Aku tak tau pe kne mgena tajuk tue dengan cite aku kali nie, tapi aku suke tajuk tue as tajuk aku kali nie… aku dah lama pikir pasal bnda nie, bermain-main dekat kepala aku macam-macam persoalan… pening di buat ye…aku tak tau lah lately aku rasa aku susah ati dengn buah ati pengarang jantung aku sorang nie… aku kenal die masuk tiga tahun lah kiteorang together, dalam sejarahlah, sebab aku selalu tak berape nak berjaya sangat dalam love-love nie, nyawa semua tak panjang, tapi kali nie alhamdulah lah, aku boleh get along dgn die lama, jodoh agak ye…

Aku n die pernah bercite yang kteorg tak pernah rasa kami bercinta, kte lebih kepada seorang kawan rapat, sangat rapat… mungkin kami terlalu sempoi n easy going banyak benda yang aku sebagai gf rasa aku tak dapat rasa sangat.. (kadang-kadang je lah)….lately aku selalu kene marah dengan die disebabkan mulut aku yang tak berapa nak ad insurance nie, aku memang jenis cakap lepas n cakap kuat… n tak pernah pula ada org pertikaikan sampai lah die tegur aku semalam, tapi nie bukan lah pertama kali die cakap dengan aku pasal benda nie dah banyak kali jugak lah die cakap, tapi aku memang begitu, mulut agak lezer, cakap agak lepas, n nada agak tinggi. It me being like that…aku memang tak boleh control dah.. susah bile benda dah sebati dalam idup kte kn? Die belum jumpe lagi sedara mara aku kalau bercakap macam mana lagi dashyat kot.. hehehe…

Aku tak kisah kalau die nak tegur aku, tapi tak boleh k kalau nak tegur tue cakap elok-elok, kenapa mesti keluarkan kata-kata kesat… I know his a good man… tersentap aku bile die cakap mulut aku macam cibai, memang @##@$&*% lah…. Im his girlfriend remember, being a part from someone special in heart kot… kenapa cakap macam tue… die mungkin api in relationship, tapi aku just ilang mood cikit sebab dah tersentap kan.. tapi pas 5 6 minit aku dah ilang marah, e2 lah pempuan kn?? Sekeras-keras kerak nasi nnti die lembut jua kn? Tapi aku len, aku ibarat kerak nasi yang lembut disebabkan ujan yang turun bukan sebab ada orang siram kn, sedey kn??  Aku mungkin terlalu lembut, tak pandai nak berkasar, kalau berkasar pon muka aku dah basah lah, sebab ujan ribut kat mata… biase lah penyedih punya orang… J

Tapi tak dinafikan die pandai buat aku tersenyum balik, tolak ansur tue mungkin nampak satu perkara yang biase tapi besar maknaye… kawan-kawan aku pon ada cakap boyfriend ko nie ego orang ye, tak nak mengalah, aku tau 2, e2 sebab aku selalu kalau gado aku banyak berdiam, kurang bercakap, biarlah tak bercakap 2 3 jam, masing-masing tak nak kalah kn…

Sepanjang semalam aku banyak bercite dengan die pasal life kte, what is ending like? Kawen k? aku nie pula seorang pempoan yang payah lah nak ajak kuar g mana-mana, bukan tak nak, nak sangat Cuma aku ad masalah cikit dengan mak aku nie, mak aku ni tak suka sangat aku kerap kuar tapi sejak 2 3 menjak ni adalah die bertolak anasur cikit dengan aku, tapi still ada batas lah, aku pula dulu time dok umah sewa aku selalu kuar dengan die, g mana-mana berkepit lah, die pon suka aku ikut je belakang bontot die, die lagi suka, ada teman berborak, sebab aku ni suka bercakap, senyap aku tido je, senyap lah… hahahaha J 

Tapi sejak aku keje ni aku dah tak dok umah sewa dah, aku berulang dari kl k salak tinggi… kesempatan nak jumpa agak terhad lah bile ad pengawas jaga kte kn… aku cakap dengan die mesti dah tak syok kan saya dah tak boleh berkepit dgn awk mcm kapel-kapel len, tapi yang heran ye die cakap die tak pernah kisah pon, e2 bukan lah satu maslah yang besar, die pam, n dah 3thn pon die pam keadaan tue kenapa kali ni die tak boleh pam plak kan… pe yang aku terharu ye, die risau kan umo aku yang die terpaksa kejar setiap tahun tue.. sebab aku tua setahun dari die… die memang ada niat nak sambung belajar tapi sebab aku die terpaksa padam kan niat tue, sebab die bajet 27thn nak kawin, kalau die sambung belajar bile masa nak kumpul duit nak kawen… terharu aku bile die pikir panjang macam tue…

Pendek kata memang die kasar, memang die ego, tapi die serius pada sesuatu benda, n yang magic ye bile aku tanya “awak sayang saya tak?” die jawab sayang sangat…. Tepat pada masa e2 lah aku banjir… n pada masa tue jugak lah die tanya kenapa awak nangis????

Saturday, September 4, 2010

what a day!!!!

ok start a day with good day, tapi keje kt opis banyak sangat-sangat tapi system sangat teruk sekali so aku berborak lah ngn budak-budak tempat aku nie, semua ye ok sampailah pada jam 1516 tadi dapat emel dari orang sales yang jaga site imigresen MRS S bukan nama sebenar.... dah lah anta petang, urgent lak tue, nak ciap arini pulak tue nasib baek lah gabungan MISS H dpat jugak siapkan keje tue, tapi yang bnggang ye, nk arini tapi macam-macam masalah site die... MRS S memang gitu nama je manager tp ngok....

disebabkan site imigresen tue aku terlepas tren kul 5 nak balik salak tinggi, tak pe lah aku pon kejar lah tren kul 5.30, dh masuk tren dpt dduk, tren plak tak jalan.. orang erl tue cakap power supply trip so dr klia cpai kl sentral black out... memang delay tren cpai kul 5.48 aku masih kat kl sentral lagi....
orang jangan cakap lah sepadat-padat manusia... pas tue kami diminta naek tren xpress so kene lah kuar dari situ n tukar platform, Allah susah nak cakap nak mendapatkan tempat untuk balik tue, nasib baek lah aku dah dapat tempat tapi berdiri lah.

pada mula ye aku ok, dalam perjalanan tue aku dah rase tak selesa, badan aku dah rasa berpeluh-peluh,kepala aku terasa berat, aku rasa aku mampu bertahan sampai lah aku berhenti dekat station bandar tasik selatan, aku berniat utk turun sebab aku tau, bila aku turun dekat situ ada lah tukang ambik aku disana, tapi disebabkan aku duk pon dihujung tanduk jadi aku batalkan niat aku tuk keluar, tak sampai 2 3mint tren tue jalan aku rasa nak pitam.
dalam sejarah aku pitam selepas 2003, masa aku jalani kawat kaki masa sekolah dulu, ni datang balik, allah aku pon macam tak percay aku boleh pitam... kisah pitam aku tak ada lah menarik cite ni...
sepanjang perjalanan aku, aku dengar orang-orang berkata-kata marahkan sistem tren yang tergendala tue, ada yang maki hamun marah kan pekerja erl yang bertungkus lumus buat keje tue...

kadang-kadang aku heran kenapa dieorang begitu marah sampai begitu sekali, tue adalah pertama kali erl mengalami kerosakan, tak kan disebabkan satu tue, marah yer macam berkali-kali kerosakan die berlaku... tue lah manusia kesalahan yang sebesar kuman orang nampak malah diungkit lagi, tapi kebaikan yang hari-hari dibuat tak pernah dapat pujian...


Thursday, August 26, 2010

Kisah adikku…

Mula- mula aku tak nak lah cite sangat pasal adik aku yg sorang nie, tapi makin hari makin teruk plak kalu aku tak luahkan aku yang terseksa… first…

Latar belakang:-
Adik aku ni lelaki nama die Nabil, umo? 20 tahun, sekarang occupation die seorang student di MIAT, nabil ni seorang yang sangatlah pemalu orang ye, kalau jmpe memang seorang yang tak banyak cakap, tapi die ni di sayangi mak aku, mak aku selalu duk puji-puji die,hensemlah, tinggilah, pandailah tapi memang die pandai pon CGPA pon gempaklah…  tapi kalau sekali die bercakap die memang laser, agak sakit hatilah kalau dengar… itu adik aku punya sifat..

Al-kisahnya:-
Nabil ini memang tak pernah bercinta sebab orang yang pemalu ini memang payah cikit pempoan nak lekat, sampailah satu hari ni die jumpa satu girl ni, jumpa pon kat facebook, penuntut politeknik kt cheras, umo 19tahun, tengok muka lawa lah, adik aku punye taste ponnak yang comel je, tapi cinta adik aku ni complicate cikit, sebab ye, minah yang adik aku minat ni dah berpunya, so die anggap nabil ni “BESTIE” sahaja lah, tapi yang aku hairan ye bila nabil slalu overnight dgn minah ni, tiap2 minggu keluar, frst time dah kt Pavilion, tgok wayang 3D, adik aku ciap bagi hadiah on first date, melampau dulu aku frst jmpe pon tak macam tue, abis sempoi je, bf aku yg sekarang nie time frst  meet aku pakai selipar jepun, seluar pon ada koyak cikit, tak pe i like! Hehehe….

Si nabil ni konon ye nak jge standart lah, POYO!, kt umah pakai kain pelekat je, hahaha terbongkar….
Berlarutan lah sampai sekarang “BESTIE” die tue, yang aku menyampah nak dengar ye bile adik aku ni dah syok kt minah nie n dah terus terang, minah nie tolak mentah-mentah sebab die dah ada boyfriend kan, yang aku pelik yer bf die tak marah ke, gf die kuar ngn lelaki len??? Hairan-hairan…. Sejak tue adik aku pon dh layan tak layan je minah tue, masalah ye minah tue touching n tanya kenapa tak layan aku macam biase, HELO KO DAH KECEWAKAN ADIK AKU KOT NK ADIK AKU ACT MCM PE? NAK LAYAN KO MACAM PRINCESS KE?....

Nabil cakap die takut kehilangan pempoan tue sebab die jenis susah nak dapat pempoan, masalah ye die milik orang OK!.... dun u get it? Alamak ai! Die takut frust, die takut frust tapi aku dah berkali-kali frust, jangan cite lah pasal frust dengan aku, im good wit it… nanti aku cite pasal zaman frust aku eyh, :)

Tapi yang jadi aku bertambah heran, adik aku cakap die pegang tangan adik aku, peluk, wat that mean?
Kalau kawan tak payah lah mcm tue, pempoan tue cakap kat KL biase lah, otak ko biase? Nasib baek adik aku tue baek kalau kene dgn perogol bersiri ke dah habis dah budak tue aku rse… urm!!!! Kadang-kadang lahir ye bayi-bayi terbuang tue bukan salah pempoan atau lelaki tue, tapi tue kebiasaan, terlanjur buang lah… WTF! Berbalik dengan kisah akik aku tadi… aku kadang-kadnag pelik pempoan tue mak bapak die tak marah ke? Budak KL kn….

Aku pernah tanya bf aku pasal nie, sebab bf aku memang pure orang KL, so tanya lah die iya ke semua pempoan KL macam tue perangai ye? Die cakap hampir semua lah tapi tgok orang jugak lah die cakap macam tue… teringat pulak aku masa aku bercinta dulu, aku sebelum terima si dia, aku dah cakap awal-awal, aku nie lain cikit, bukan macam orang lain yang boleh kuar overnight, mak yang agak protective kat anak-anak die… tapi alhamdulilah die terima aku seadanya n memahami keadaan aku sekarang…

Dari kisah adik aku nie, aku banyaklah nasihatkan die, bercinta atas nama je, sebenar ye bercinta adalah mencarian utk mencari seorang kawan baik, time sedey, sakit, time nak manja, time nak gado, time nak share cite, n yang terima kita seadanya kita,  paham keadaan kita, indahlah bercinta tue… :)
nabil si baju purple~

Saturday, August 14, 2010

Al-kisah di bulan puasa.


Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk hari ke 4 ramadhan, kejap je ni, pejam celik nanti dah masuk ujung ramadhan. seronok betul nanti dah raya. Eh sudah fikir raya lah pulak... Anywhere bila bukak cite pasal bulan puasa ni teringat aku kejadian tahun lepas, masa tue 2009, masa tue aku keje dekat secret recipe at shah alam, SACC mall, acctually aku keje dah 3 4 bulan keje kt situ sebulum masuk bulan posa, memmang penat lah biase lah keje surve orang makan, memang lah penat, lagi-lagi aku budak floor...

yang aku nk cite kat cini masa aku keje dekat secret dulu mase tue, memang lah bulan posa tak ada orang datang sangat nak makan yang datang pun orang cina, nasib baek lah iman aku kuat ckit, still bole posa walaupon ada bau-bau yang enak didapur, tapi ada jugak 2 3 orang kt citu yang tak posa, tapi lantak dieorang lah kubur kan len-len....hehehe.... :)


Sebelum Berbuka.
mase bulan posa tue memang sangat relax masa siang ye, tak de keje, relax je, macam makan gaji buta lah...
nasib baek lah supervisor aku tue ok sangat-sangat. yang tak sedap ye bile time buka tue, memang secret situ rating tinggi kot antara secret-secret yang len sebab ye memang ramai customer, memang fullhouse lah orang buat revervation, walau pon dah full house still ada orang datang nak buka kat situ, ada jugak yang merayu-rayu suruh carik meja tuk die sebab nk makan kat secret recipe tue, tak faham aku, makanan kat situ sangat mahal kot tapi ada jugak hamba allah yang sanggup berhabis wang sebab nak makan kat situ, hairan...hairan....


During Berbuka
bile dah buka, macam biase kteorang memang sangat sibuk lah, tak menang tanganlah, mane nak ambik order ye, nak bagi air free ye kt setiap meja, orang datang nak beli kek lg, yang kat dapur memang tak benti-benti masak, sebab order asyik masuk je, cpai sakit lah kaki berjalan, hanya tuhan saja lah yang tau betapa penat ye kami yang berposa ni melayan kerenah manusia nie. Yang makanan customer yang tak cpai-cpai ye, biase lah tue, dalam banyak-banyak memang ada yg tersalah pandang sebab dah terlau banyak order yang masuk kn....ada orang yang bole sabar die sabar, yang tak boleh sabar nie, siap panggil aku tye mane makanan, aku pon cakap lah, sekejap ye bang saya g check kat dalam, ngan muka manis aku beredar dari situ, makanan die dalam proses, orang dapur sedang buat order die, tak cpai 2 3 minit die panggil aku lagi, mane order saya ni dik? saya nie dh lame dah tggu nie, kalau macam ni lah, saya tak nak byr service tax, lambat, lembab, membebel-bebel die dekat aku, aku pon tahan je telinga dengar, pas tue makanan die cpai, trus terdiam n trus makan, kadang-kadang aku tak paham, kenapa orang yang dari pukul 5.30 a.m cpai 7.30p.m bole tahan posa kenapa lambat 2 3 minit terus naek angin, allah terpikir aku manusia nie berposa dh betul dah cara ye, tapi kalu dah sikap macam tue terus ilang pahala posa, sebab asyik makin hamun orang...


aku pon berposa jugak, kadang-kadang seteguk air pon payah aku nak dapat minum sebab layan customer, die posa, aku pon posa, jadi kenapa tak boleh faham kami sang pekerja yang sedang berposa nie???? macam-macam kerenah manusia yang aku jmpe, ada yg prihatin tanya dh bukak blum, ada jugak yg sajikan kami dengan maki hamun...

Sejak aku keje secret aku jadi hormat n faham orang yang keje bahagian permakanan nie... walaupon kadang-kadang aku pon terkene jugak makanan aku cpai lambat tapi aku rase aku been there before so aku paham...
jadi orang diluar sana tolong lah paham keje macam kami ni... kami bukan robot, manusia kot.....