Friday, January 28, 2011

Itu pun nak kena kecoh ke?

Aku terima emel dari admin yang tak berapa nak ada kerja ye, jadi die buat satu tindakan drastik iaitu menghantar emel yang mempunyai isi kandungan seperti....

"Tuan/PUan

Antara isu yang dikemukakan semasa BEP Meeting pagi ini adalah sikap sesetengah staff SPM, TM Government yang gemar membalas email dengan menggunakan button Reply to All . Saya berpendapat tuan/puan perlu tahu kepada siapa email berkenaan ditujukan dan kepada siapa email berkenaan seharusnya dibalas. Tindakan tuan/puan bukan sahaja mengakibatkan email penerima lain penuh dan ianya juga menunjukkan tuan/puan tidak faham matlamat email berkenaan ditujukan.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar ianya tidak berulang dan tuan/puan hanya perlu menekan butang Reply sekiranya hanya seorang penerima atau menaip beberapa nama sahaja untuk membalas email tuan/puan.

Semoga ianya tidak berlaku lagi. Wassalam"

APAKAH?
HARUSKAH?
bgs apa kau ada kerja baru iaitu delete emel dari inbox kau.....