Thursday, January 27, 2011

HORMAT DAN ADAB SOPAN.

Hari ini aku nak cerita pasal hormat dan adab sopan rakyat Malaysia, bukan aku nak cakap orang Malaysia tak beradab dan tak tahu erti nak hormat, bukan itu yang cuba aku sampaikan, segentir rakyat Malaysia ada perangai macam itu, tak kira tua, muda, dua-dua pun sama juga, itu berkenan dengan sikap, sikap manusia bukan kira usia...

Pengalaman aku sendiri tempuh hari-hari dalam kehidupan dapat lihat serba sedikit perihal orang yang kurang adab dan kurang hormat ini, bukan sekali, tapi berkali-kali. Nak cerita semua pengalaman aku selama 24 tahun ini memang berkurun lah karangan ini.

Dulu masa aku bantu mak aku berniaga jaga kedai elektrik lagi macam-macam perangai orang aku jumpa, lagi-lagi orang tua, amboi bahasa nya kasar tak terkira, karang aku berbahasa kang kata aku kurang ajar plak, aku fikir dia orang tua je, kalau tak aku berbahasa dah, aku pula fikir nak hormat dia...

Itu coretan ketika aku bantu mak aku dikedai elektrik, tapi kini aku bergelut dengan orang tak ada adab pula, dari zaman tadika lagi kita diajar untuk beratur ketika masuk kelas, disitu cikgu sudah pun mengajar menanamkan sifat sabar semasa beratur, tapi malang sekali bila orang dah ke zaman perkerjaan orang makin lupa macam mana nak beratur dan tolong hormat yang beratur didepan. Aku berdepan dengan situasi ini setiap hari, ketika menaiki LRT Putra, ERL, aku yang dah beratur hampir setengah jam di situ tunggu train dengan selamba kau potong QUE aku kan?? memang kurang didikan disitu, kalau ikutkan hati syaitan aku ini, dah lama aku cakap "Bang! dulu time sekolah tak belajar ke cara-cara nak beratur ke bang?" hari-hari aku asyik menyumpah orang je...

Semalam pun aku diceritakan oleh en Izwan tentang hormat juga, bila junior diinstitusinya berlanggar bahu dengan nya, tanpa ada perkataan "Sorry" atau "Maaf" timbullah rasa marah, benggang, sakit hati dihati nya ditambah pula langgar bahu orang sambil bergelak ketawa, dah laggar bahu orang lepas itu bersuka ria pula, tolonglah jadi kan habit ye, kalau berlanggar bahu, tak kira lah siapa yang langgar pun, biase kan diri untuk cakap maaf atau sorry, susah sangat ke nak sebut itu????

Fikirlah dimana sifat hormat dan adab orang Melayu yang memang terkenal dengan adab sopan nya??????