Friday, January 28, 2011

Itu pun nak kena kecoh ke?

Aku terima emel dari admin yang tak berapa nak ada kerja ye, jadi die buat satu tindakan drastik iaitu menghantar emel yang mempunyai isi kandungan seperti....

"Tuan/PUan

Antara isu yang dikemukakan semasa BEP Meeting pagi ini adalah sikap sesetengah staff SPM, TM Government yang gemar membalas email dengan menggunakan button Reply to All . Saya berpendapat tuan/puan perlu tahu kepada siapa email berkenaan ditujukan dan kepada siapa email berkenaan seharusnya dibalas. Tindakan tuan/puan bukan sahaja mengakibatkan email penerima lain penuh dan ianya juga menunjukkan tuan/puan tidak faham matlamat email berkenaan ditujukan.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar ianya tidak berulang dan tuan/puan hanya perlu menekan butang Reply sekiranya hanya seorang penerima atau menaip beberapa nama sahaja untuk membalas email tuan/puan.

Semoga ianya tidak berlaku lagi. Wassalam"

APAKAH?
HARUSKAH?
bgs apa kau ada kerja baru iaitu delete emel dari inbox kau.....

Thursday, January 27, 2011

HORMAT DAN ADAB SOPAN.

Hari ini aku nak cerita pasal hormat dan adab sopan rakyat Malaysia, bukan aku nak cakap orang Malaysia tak beradab dan tak tahu erti nak hormat, bukan itu yang cuba aku sampaikan, segentir rakyat Malaysia ada perangai macam itu, tak kira tua, muda, dua-dua pun sama juga, itu berkenan dengan sikap, sikap manusia bukan kira usia...

Pengalaman aku sendiri tempuh hari-hari dalam kehidupan dapat lihat serba sedikit perihal orang yang kurang adab dan kurang hormat ini, bukan sekali, tapi berkali-kali. Nak cerita semua pengalaman aku selama 24 tahun ini memang berkurun lah karangan ini.

Dulu masa aku bantu mak aku berniaga jaga kedai elektrik lagi macam-macam perangai orang aku jumpa, lagi-lagi orang tua, amboi bahasa nya kasar tak terkira, karang aku berbahasa kang kata aku kurang ajar plak, aku fikir dia orang tua je, kalau tak aku berbahasa dah, aku pula fikir nak hormat dia...

Itu coretan ketika aku bantu mak aku dikedai elektrik, tapi kini aku bergelut dengan orang tak ada adab pula, dari zaman tadika lagi kita diajar untuk beratur ketika masuk kelas, disitu cikgu sudah pun mengajar menanamkan sifat sabar semasa beratur, tapi malang sekali bila orang dah ke zaman perkerjaan orang makin lupa macam mana nak beratur dan tolong hormat yang beratur didepan. Aku berdepan dengan situasi ini setiap hari, ketika menaiki LRT Putra, ERL, aku yang dah beratur hampir setengah jam di situ tunggu train dengan selamba kau potong QUE aku kan?? memang kurang didikan disitu, kalau ikutkan hati syaitan aku ini, dah lama aku cakap "Bang! dulu time sekolah tak belajar ke cara-cara nak beratur ke bang?" hari-hari aku asyik menyumpah orang je...

Semalam pun aku diceritakan oleh en Izwan tentang hormat juga, bila junior diinstitusinya berlanggar bahu dengan nya, tanpa ada perkataan "Sorry" atau "Maaf" timbullah rasa marah, benggang, sakit hati dihati nya ditambah pula langgar bahu orang sambil bergelak ketawa, dah laggar bahu orang lepas itu bersuka ria pula, tolonglah jadi kan habit ye, kalau berlanggar bahu, tak kira lah siapa yang langgar pun, biase kan diri untuk cakap maaf atau sorry, susah sangat ke nak sebut itu????

Fikirlah dimana sifat hormat dan adab orang Melayu yang memang terkenal dengan adab sopan nya??????

Saturday, January 22, 2011

Skype

Berborak di skype sangat seronok, walaupun jauh tapi rasa dekat je, syok sangat, pada ketika berborak rasa mengantuk pula, En. muhammad izwan pun terlelap dengan sendiri nya sambil diperhati oleh aku....hehehe....

Wednesday, January 19, 2011

YEAH!


I got interview @AMBANK, finally tercapai juga, tapi baru interview….
Wish me luck ye…
Cita-cita dulu nak jadi pegawai bank…
Harap dipermudahkan perjalanan ke sana…

SYUKUR!

Tuesday, January 18, 2011

MAKE MY MOVE

Cerita yang aku nak share ini cerita basic, perihal sikap manusia dan aku tak terkecuali darinya…
Pada satu malam aku menghabiskan masa aku selama 3jam skype with my childhood bestfriend, cerita pasal life die di sana, life aku kat sini…
Seperti biasa die seorang yang kuat, berdikari, pandai of course tapi die selalu usaha sendiri kalau nak apa-apa(tabik hormat sama dia)

Aku pula dikenali sebagai anggota yang paling lemah dalam kumpulan, sehingga lah aku hari ini aku berhasrat nak beli kereta second, die tanyakan gaji aku berapa, dan hasrat aku dicaras abis-abisan oleh die….katanya ko kne keje len net, crik keje elok ckit, cpai bila ko nk dok mcm 2 je??? Bt mse skrng ko jgn pikir nk bl kerete, ko pikir crik keje len skrng…. Tak pon ko bt part time, crik dt lebih, ko kaklong net, adk2 ko kck lg… (bla bla bla)….

Melarat lah die mebebel sampai kul 2pagi….

Aku senyum + gelak, tapi dalam hati aku, aku hampir nak menangis depan lappy tue, sedey kenang nasib diri, sampai bila nak mcm 2…(TIME TO MAKE A MOVE MY DEAR) aku tau die sayang aku, that y die membebel sebegitu rupa…

Thousand of application has been send to any kind of company just wait and see the result…..
DIA

Wednesday, January 5, 2011

Kecik Hati

Pemahaman seorang perempuan dan seorang lelaki sangatlah berbeza, bila aku berada dalam situasi begini:-

Situasi 1
"Pada cuti yang lalu aku ada mengajak En I(bukan nama sebenar) tengok wayang, katanya tiada duit+malas, aku cakap tak pe, kali ini aku blanje, dia kata malas(a big sad sebab permintaan aku kene rejected bulat-bulat)"

Situasi 2
"En I(bukan nama sebenar) tiada wang saku, kawan nya ajak kuar, dia jawab ok, tanpa kredit di telefon bimbit dia hanya mampu SOS, bayang betapa tiada PT ye die, kata nya di sponser, finelah kan, bila message nya tak kunjung tiba di telefon bimbitku, aku mula mencarinya."
aku: ada mana? kenapa tak balas msg?
dia: dalam wyg ni.
aku: BYE

A BIG disappointed


Saturday, January 1, 2011

CORETAN AWAL 2011

Malam new year aku keluar kejap konon ye nak tengok bunga api dekat PUTRAJAYA, tapi malang sekali sebarang acara bunga api langsung tak ada, sudah ye jam1205 tengok kereta yang punya lah banyak disitu menghidupkan enjin dan beredar pulang, bak kata HILDA AYUZEE "macam tgk kete kene rush dari polis" (sebab semua bla). Malam tue jugak kteorg ke satu kedai mamak di presint 2, yang lucu ye bile, cara mamak tue tarik pelanggan mcm kteorg nie artis, di keliling ye sruh msk kedai die, bak kata seorang akak di lokasi "tarik org mcm nak ajak gado" (a big laugh there)

Dan seharian 01.01.2011 aku ke majlis kawan taman en muhammad izwan ke palong, menghantar pengantin lelaki, berjam mau ke sana, macam hari nie, adalah sesi berjalan-jalan ke Negeri Sembilan......
Satu negeri aku rasa aku round hari ini...(sedikit pic dari sana)